27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Rasuah: Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Najib didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga dakwaan penggubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan penyalahgunaan kuasa atau tambahan 5 tahun penjara.

Najib, 67, turut dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap satu daripada 3 dakwaan pecah amanah serta pertuduhan penggubahan wang.

Advertisements

Ahli Parlimen Pekan itu dikecualikan hukuman sebat kerana umurnya.

Hakim bagaimanapun mengarahkan hukuman penjara itu dilaksanakan secara serentak yang bermakna Najib hanya perlu dipenjarakan selama 12 tahun.

Najib ialah bekas perdana menteri pertama yang dibicarakan dan disabit bersalah atas pertuduhan jenayah susulan tindakannya ketika memegang jawatan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan