25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

Pemimpin, ahli UMNO diminta tenang – Ahmad Zahid

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pemimpin dan ahli parti itu serta penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak supaya bertenang selepas mahkamah memutuskan bekas perdana menteri itu bersalah atas pertuduhan penyelewengan wang.

Ini selepas Mahkamah Tinggi hari ini mensabitkan Najib atas tujuh tuduhan penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib berhubung sabitan tersebut.

“Kita akur dengan keputusan mahkamah. Saya menyeru semua pucuk pimpinan parti di semua peringkat dan ahli parti serta penyokong bertenang.

“Kita percaya Najib masih ada ruang untuk mendapatkan keadilan melalui proses perundangan negara.

“Saya turut bersedih dengan keputusan ini dan yakin Najib seorang yang cekal dan tabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Ahmad Zahid berkata, UMNO menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib.

Bagaimanapun beliau berkata, parti akan melakukan sesuatu untuk membantu Najib yang disabitkan atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Baca juga:   Tak rasmi, BN pertahan DUN Slim

“Saya bagi pihak UMNO akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah terhadap Najib.

“Namun, sebagai sahabat saya berasa simpati dan amat sedih dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Namun, beliau memberitahu saya bahawa ‘this is not end of the world’.

Baca juga:   Ahli UMNO minta polis siasat pengakuan Ahmad Zahid

“Maka tentunya ada sesuatu yang akan dilakukan oleh UMNO dan tunggulah keputusan-keputusan yang akan kami perbincangkan,” ujarnya.

Wartawan

Terkini

MOU PKNS, Samsung beri nilai tambah kepada pembeli

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi memberikan nilai tambah kepada pembeli hartanahnya. Ketua Pegawai...

Lagi Artikel Berkaitan