25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Sajak Najib kepada rakyat, penyokong setianya

Mesti Baca

BEBERAPA jam selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan mesej dalam bentuk sajak buat penyokong beliau.

Menerusi akaun Facebooknya, Najib malam tadi menyampaikan penghargaan kepada ‘sahabat-sahabat’ sejatinya yang terus-menerus memberikan sokongan walaupun beliau sudah tidak berkuasa dan tidak memiliki apa-apa.

Advertisements

Berikut coretan Najib menerusi Facebooknya malam ini.

Satu hari yang panjang. Datang dan berlalu pergi.
Ada seperkara yang saya tidak sangka.
Bukan, bukan keputusan penghakiman.Apa yang saya lihat setibanya kereta saya di Masjid Wilayah pagi tadi.
Menerusi tingkap kereta pada mulanya dan ketika berjalan menuju ke mahkamah.
Saya lihat wajah anak-anak muda, dalam lingkungan 20-30an.
Saya lihat ada warga emas, pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Ada yang bertongkat, ada yang dipapah.
Saya lihat ada golongan kurang berupaya di atas kerusi roda.
Rakan-rakan parti seperjuangan juga hadir. Dari utara, dari Pantai Timur.
Namun, kebanyakan mereka yang lain saya tidak kenal.
Mereka bukan Tan Sri, mereka bukan Datuk Seri, mereka bukan orang kenamaan.
Saya lihat rakyat dari segenap lapisan masyarakat.
Ya, saya faham mengenai kritikan pematuhan SOP Covid-19. Saya percaya mereka yang hadir juga.
Mereka semua yang hadir patuh kepada peringatan polis serta merta dan ada yang bersurai.
Saya tertanya kepada diri, kemudian kepada pegawai ketika di perkarangan.
Siapakah mereka? Mengapa mereka di sini?
“They are here for you, Sir”
Jawapan yang saya terima ini amat menyentuh hati.
Saya diberitahu ada di kalangan mereka orang kampung.
Ada di kalangan mereka pekerja kontrak.
Ada di kalangan mereka peniaga kecilan, buka warung, pengusaha kantin.
Segenap lapisan masyarakat yang menerima manfaat dan bantuan daripada dasar ketika saya Perdana Menteri dahulu.
Secara ikhlas dari hati saya, saya nak sampaikan satu mesej kepada semua.
Saya tidak dapat berjumpa, tidak dapat membalas ucapan sokongan saudara-saudari satu-satu.
Maafkan saya.
Izinkan saya sampaikan penghargaan di sini.
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
Terima kasih tidak terhingga.
Tidak saya sangka. Saya ada ‘aset’ yang begitu bernilai dalam saudara-saudari.
Persahabatan sejati.
Di hari saya sudah tidak berkuasa ini. Di hari saya sudah tiada apa-apa.
Saya masih ada persahabatan sejati dan sokongan ikhlas rakyat.
Andalah rakan dan keluarga yang saya ada.
Ini bukan pengakhiran.
Perjalanan saya masih jauh dengan proses lanjutan di peringkat kehakiman seterusnya.
Saya mahukan keadilan.

Advertisements

Terkini

Kebaya diiktiraf warisan kebudayaan tidak ketara UNESCO

MALAYSIA berjaya mendapat pengiktirafan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara iaitu kebaya sempena sesi ke-19 Intergovernmental Committee...

Lagi Artikel Berkaitan