Thursday, June 4, 2026

Keluarga Malaysia di New York duta kecil negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KELUARGA Malaysia di luar negara menjadi duta kecil dalam membawa imej positif negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, konsep Keluarga Malaysia bukan retorik atau slogan semata-mata, tetapi semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara.

“Sementara saya di New York, sudah pasti saya teruja dapat meluangkan masa bersama Keluarga Malaysia di sini.

“Mereka adalah ‘Duta Kecil’ negara. Saya harap, Keluarga Malaysia di sini terus memanfaatkan keluarga dan masyarakat di Malaysia dengan memaparkan imej positif, dan bukanlah seperti ‘Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang’,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA77) di New York, Amerika Syarikat dari 22 September hingga semalam. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan