30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Jururawat didakwa dera bayi 8 bulan hingga mati

Mahkamah menetapkan 3 Oktober depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan bedah siasat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG jururawat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak hari ini atas pertuduhan mengakibatkan kematian bayi lelakinya yang berusia lapan bulan minggu lalu.

Tertuduh, T. Rebekal, 30, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian J. S. Melvin Jeshuran berusia lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Sungai Siput (U) di sini pada pukul 6 petang, 24 Julai 2022.

Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Advertisements

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. S. Vitthiyeswary, manakala peguam K. Nahtan mewakili tertuduh.

Mahkamah menetapkan 3 Oktober depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan bedah siasat.

Media Selasa lalu melaporkan, seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai mendera anaknya sendiri.

Laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat bayi berkenaan mendapati mangsa dicederakan menggunakan objek tumpul selain terdapat kecederaan baharu dan lama.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zambry mahu lebih ramai pelajar Malaysia masuk Oxford

MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mahu melihat lebih ramai pelajar Malaysia memasuki Universiti Oxford yang merupakan...

Lagi Artikel Berkaitan