25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Serpihan logam roket China ditemukan di Miri

Alexson menasihati orang ramai agar tidak berada di kawasan berhampiran kerana dibimbangi logam berkenaan mengandungi bahan radioaktif.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERPIHAN logam disyaki sebahagian daripada komponen roket Long March 5B milik China ditemukan di Sepupok, Niah, Sarawak, semalam.

Komponen itu dijumpai oleh penduduk di Batu Niah, yang kemudian melaporkan kepada polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, tinjauan awal pihaknya mendapati terdapat serpihan logam terbenam ke dalam tanah pada kedalaman kira-kira satu meter di sekitar rumah seorang penduduk.

“Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesahkan asal usul logam tersebut dan telah meminta bantuan dari pasukan HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Telnologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menganalisa tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson menasihati orang ramai agar tidak berada di kawasan berhampiran kerana dibimbangi logam berkenaan mengandungi bahan radioaktif.

Menurutnya, kawasan terbabit dipantau dengan rapi untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Semalam, Agensi Angkasa Malaysia mengesahkan semula serpihan roket Long March 5B milik China ke ruang udara Bumi, melintasi ruang udara Malaysia dan dikesan di beberapa kawasan termasuk ruang udara Sarawak sebelum direkodkan jatuh di Laut Sulu. 

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan