25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PTJ perlu mudahkan GCR penjawat awam – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PIHAK jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berkaitan digesa mempermudahkan urusan pemberian gantian cuti rehat (GCR) penjawat awam yang dikatakan sehingga kini terdapat kelewatan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata berdasarkan Belanjawan 2022 kerajaan bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum GCR daripada 150 hari kepada 160 hari.

Menurutnya, kerajaan bersetuju membenarkan pemberian awal ganjaran wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari lalu, manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib.

“Pemberian awal ganjaran wang tunai GCR sebanyak 80 hari itu hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai.

“Saya mendapat maklum balas bahawa walaupun kerajaan sudah lama meluluskan perkara itu namun sehingga kini terdapat kelewatan penjawat awam menikmati kemudahan tersebut, sedangkan pekeliling mengenainya dikuatkuasakan Januari lalu.

Advertisements

“Justeru saya menyeru pihak jabatan dan PTJ berkaitan melaksanakan dengan lebih cepat dan tidak menetapkan syarat tambahan selain berdasarkan pekeliling kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, pengeluaran itu sangat penting kepada penjawat awam yang memerlukan bagi tujuan keperluan semasa, menampung kos kehidupan, menambah simpanan lebih strategik dan sebagainya.

“Sebelum ini pekerja swasta bergantung kepada pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka dan pengeluaran RM10,000 berjaya dibenarkan selepas desakan Umno.

“Pengeluaran GCR penjawat awam juga perlu dipermudahkan dan mengikut pekeliling kerajaan,” katanya.

Ahmad Zahid berharap urusan GCR penjawat awam dipermudahkan dan juga segala urusan kerja dan keluarga, sekaligus mampu memberikan mereka lebih produktif berkhidmat untuk negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan