25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

JKM Melaka kesan waris dua bayi

Boleh berhubung dengan JKM daerah Melaka Tengah ditalian 06 2324797.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sedang mengesan waris dua kes bayi yang ditinggalkan termasuk yang ditemui orang awam di tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan, di Melaka, awal bulan ini.

JKM menerusi satu kenyataan berkata, seorang bayi lelaki dipercayai telah ditinggalkan ibu kandungnya sejurus melahirkannya di dalam tandas kira-kira pukul 12.40 tengah hari, 9 Julai lalu.

Menurutnya, bayi tersebut kemudian ditemui oleh orang awam sebelum diselamatkan.

“Bayi berkenaan ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri atau nota daripada penjaganya.

“Mereka yang mempunyai maklumat mengenai bayi ini boleh berhubung dengan JKM daerah Melaka Tengah ditalian 06 2324797,” katanya hari ini.

Sementara itu, satu lagi kes adalah membabitkan seorang bayi perempuan pramatang yang ditinggalkan selepas dilahirkan di Hospital Melaka, April lalu.

Advertisements

“Kita percaya ibu kandungnya adalah wanita warganegara Indonesia dikenali sebagai Maria Victoria Dos S. Bello.

“Dia telah melarikan diri daripada hospital ketika bayinya sedang mendapat rawatan di nuseri hospital,” katanya.

Menurutnya, bayi tersebut telah di bawa ke Majistret Alor Gajah untuk mendapatkan perintah jagaan sementara di bawah Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan) 2016 dan diletakkan di bawah Institusi Rumah Tunas Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun.

“Justeru mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah atau Pelindung Kanak-kanak Alor Gajah ditalian 06-5561267,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan