32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Ketam sejuk beku dirampas, tidak ada import sah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH syarikat pembekal hidupan laut tidak sempat memasarkan 10,000 kilogram (kg) ketam sejuk beku dari Indonesia selepas produk itu ditahan di Pelabuhan Klang Barat, baru-baru ini.

Penahanan produk tersebut dilakukan kira-kira pukul 4.10 petang, Isnin lalu selepas didapati tidak mempunyai sebarang import sah.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kesemua ketam itu adalah untuk pasaran tempatan.

Menurutnya, ini merupakan kesalahan pertama dilakukan syarikat tersebut yang telah beroperasi sejak 2018.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan mendapati kontena yang membawa ketam sejuk beku dari Indonesia itu tidak mempunyai sebarang permit import sah yang dikeluarkan oleh Maqis.

“Keseluruhan hasil dagangan dianggarkan sebanyak 10,000kg bernilai kira-kira RM46,000 kini ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maqis turut menegaskan, kontena tersebut disita dan kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].-Edisi 9

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan