28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 26, 2022

Kenaikan mendadak, 5,685 kes baharu Covid-19 semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA mencatatkan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 semalam apabila 5,685 kes dilaporkan semalam dengan dua kes import berbanding hanya 3,902 kes kelmarin.

Dengan pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut di Malaysia sebanyak 4,597,803 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,340 pertambahan kes aktif telah dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes aktif dalam negara menjadi 45,484 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 3,337 kes sembuh daripada Covid-19 juga telah dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada jangkitan virus itu kini mencecah 4,554,286 kes.

Selangor terus mencatatkan peningkatan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,024 kes.

Diikuti Kuala Lumpur dengan 1,834 kes, Perak, (357), Sabah (279), Negeri Sembilan (230), Pulau Pinang (205), Melaka (147) serta Johor dan Kedah (masing-masing 126 kes).

Baca juga:   Tempat kerja masih lagi kluster tertinggi COVID-19

Turut menyumbang kepada peningkatan kes harian semalam adalah Putrajaya (92), Sarawak (85), Pahang (63), Kelantan (53), Terengganu (41), Labuan (15) dan Perlis (lapan).

Pada masa sama, sebanyak 13 kematian dilaporkan dengan lima kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID).

Dengan pertambahan tersebut menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,878 manakala BID pula sebanyak 7,614 setakat ini.

Selain itu, sebanyak 43,858 kes dikuarantin dilaporkan di rumah, 39 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,531 kes di hospital, 21 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 35 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Baca juga:   Budak pandu lori pula tular, polis cari ibu bapa pemandu

Wartawan

Terkini

Tze Liang rangkul pingat emas kedua

PENERJUN lelaki negara, Ooi Tze Liang melakar satu lagi kejayaan apabila merangkul pingat emas kedua, kali ini bersama gandingannya...

Lagi Artikel Berkaitan