32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Berbuat ihsan kepada haiwan, bukannya dibunuh dianiaya

Mesti Baca

KETIKA insiden pembunuhan seekor kucing bunting di sebuah kedai dobi di Gombak dua tahun lalu masih ‘segar’ dalam ingatan warganet, satu lagi kejadian serupa berlaku di Kepong, semalam.

Kali ini, seorang lelaki dirakam tergamak membunuh tiga ekor kucing dengan cara melemaskannya dalam tiga mesin basuh berasingan.

Entah apa silapnya masyarakat kita pada hari ini, haiwan yang tidak pernah mengganggu kita akan dijadikan objek lepas geram, layanan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang insan waras.

Adakah hukuman di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya ini terlalu ringan?

Sudah tentu mustahil bagi masyarakat yang waras tidak ambil peduli hukuman seberat ini melainkan pelaku tidak tahu ataupun mempunyai masalah dengan haiwan ini sehingga sanggup bertindak zalim.

Sedangkan Islam secara umum mewajibkan umatnya berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan.

Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut.

Advertisements

Malah, perbuatan menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu masuk neraka sebagaimana hadis Nabi Muhammad yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma.

Beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya’.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad turut menjelaskan, adalah berdosa menganiaya haiwan sama ada binatang haram atau yang halal dimakan atau disentuh bagi orang Islam.

Beliau menegaskan, semua haiwan perlu dikasihani melainkan yang membahayakan nyawa maka dibolehkan untuk membunuhnya.

Kita sebagai masyarakat yang sewajarnya melaporkan kepada pihak berkuasa yang bersesuaian sekiranya ada haiwan menyusahkan atau mendatangkan ketidakselesaan kepada manusia.

Jangan ambil tindakan sendiri sehingga mencerakan haiwan itu kerana binatang itu juga makhluk Allah.

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan