Friday, July 24, 2026

Pandelela raih pingat gangsa di Budapest

Mesti Baca

RATU terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter (m) platform wanita dalam Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary hari ini.

Pandelela mengutip 338.85 mata keseluruhan untuk berada di belakang dua penerjun muda dari China, Yuxi Chen yang meriah 417.25 mata untuk pingat emas dan Hongchan Quan (416.95 mata) untuk pingat perak.

Penerjun berusia 29 tahun itu mara ke peringkat akhir setelah menduduki tempat ketujuh dalam saingan di separuh akhir, telah berjaya memperbaiki terjunan sekali gus berjaya menaiki podium.

Pandelela yang memenangi pingat emas Piala Dunia 2021 di Tokyo, adalah atlet paling senior dalam acara 10m platform wanita di Budapest.

Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima dalam acara sama namun berjaya membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Datuk Leong Mun Yee. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan