26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Wanita hamil ditemukan mati dengan kesan tembak di perut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita hamil ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan, petang semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 26 tahun yang hamil tujuh bulan ditemukan pukul 4 petang oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, mangsa bekerja sebagai peniaga ditemui terbaring di tempat duduk pemandu.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tembakan di perut kiri mangsa dan ibu mangsa memaklumkan wanita itu mengandung tujuh bulan.

“Hasil temubual saksi juga mendapati, kenderaan jenis Nissan Cefiro diparkir di tepi jalan sejak petang kelmarin.

“Terdapat satu biji kelongsong peluru ditemui di bahagian kaki tempat duduk penumpang belakang sebelah pemandu,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Dalam pada itu Muhamad Zaki berkata, semakan awal mendapati kenderaan terbabit didaftarkan atas nama mangsa sendiri.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat.

“Polis telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun jam 11.30 malam tadi.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh ditahan di Pasir Mas dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan