28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Gara-gara harta pusaka bapa, anak kerat ibu 15 bahagian

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditahan polis selepas disyaki mengerat ibu kandungnya sendiri dan membuang mayat ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan menemukan 15 keratan bahagian tubuh mayat yang telah dipotong.

“Susulan itu, tangkapan dilakukan terhadap anak lelaki mangsa berusia 42 tahun.

“Mangsa berusia 68 tahun tinggal berdua bersama suspek di rumah tersebut sejak 12 tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, hasil siasatan awal, kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.

Menurutnya, polis merampas sebilah parang, dua pisau dan barang-barang yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan