25.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Pemain industri buku perlu optimumkan teknologi digital

Mesti Baca

PARA pemain perlu peka dengan perkembangan teknologi digital dan menggunakannya secara optimum agar industri buku dapat memenuhi keperluan pencintanya.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, penghasilan kandungan secara mapan melalui pelbagai bentuk bahan bacaan harus terus dibugarkan bagi memenuhi permintaan dan pilihan pembaca.

Menurut beliau, kerajaan menerusi kementeriannya pastinya akan terus menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pemain industri perbukuan bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, kata beliau, kerajaan juga sentiasa menggalakkan aktiviti industri perbukuan dalam memperluaskan lagi akses pasaran buku di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

“Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada segala usaha dalam menyemarakkan semangat membaca sepanjang hayat. Jadilah generasi yang sentiasa dahagakan ilmu dan cintakan buku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini.

Baca juga:   Muhyiddin bimbang dapatan kajian rakyat mula ‘ikat perut’

Radzi berkata, pada tahun ini, PBAKL dianjurkan secara fizikal sebagaimana tradisinya saban tahun, sebelum berlakunya pandemik COVID-19.

Sebagai tambahan, katanya, penjualan buku turut dilaksanakan secara dalam talian, bagi mengoptimumkan capaian pelawat.

“Jelas bahawa, kemajuan teknologi digital telah banyak membantu perkembangan industri perbukuan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan