31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Lelaki terperangkap dalam bank ketika keluarkan wang di ATM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki terperangkap dalam sebuah bank menempatkan mesin pengeluaran automatik (ATM) di Cheng, Melaka pada tengah malam semalam.

Dalam kejadian lebih kurang jam 12.41 malam itu, lelaki berusia 51 tahun terbabit dipercayai terperangkap kira-kira selama 15 minit.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya diselamatkan pasukan bomba Balai Bomba dan Penyelamat Cheng setiba di lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd Norshah Saleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.45 tengah malam sebelum empat pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Advertisements

Menurutnya, dipercayai mangsa hendak mengeluarkan wang dan terperangkap berikutan pintu terkunci secara automatik.

“Sejurus tiba didapati seorang lelaki terperangkap di dalam sebuah bank yang menyediakan perkhidmatan ATM.

“Mangsa kemudian berjaya keluar dengan sendiri tanpa sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 1.06 pagi,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan