27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

5,021 kesalahan pandu laju direkod hari pertama Op Raya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 5,021 kesalahan memandu melebih had laju di lebuh raya direkodkan pada hari pertama Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kesalahan tersebut dikesan menerusi 45 Kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang telah beroperasi sepenuhnya.

Menurut JPJ dalam satu kenyataan, ia membabitkan sebanyak 29 kamera bagi memantau kesalahan melebihi had laju, manakala selebihnya 16 kamera lagi bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

“Sebanyak 750,903 kenderaan telah direkodkan melalui kamera AWAS di lebuh raya seluruh negara.

Selain kesalahan memandu melebihi had laju, sebanyak 236,671 kenderaan telah melalui kamera AWAS di lampu isyarat dan rakaman kamera merekodkan sebanyak 966 kenderaan melanggar isyarat lampu merah.

Advertisements

“Kedua-dua kesalahan ini antara kesalahan utama yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun mengikut Seksyen 79, Akta 333 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000,” katanya malam tadi.

Sementara itu, JPJ menasihatkan kesemua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan jalan raya.

“Ia bagi menjamin keselamatan semua seterusnya menurunkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan