32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

LRA Sungai Semenyih tercemar lagi, 463 kawasan tiada air

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENCEMARAN bau seakan diesel di kesan di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih di Jenderam Hilir oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, siasatan sedang dijalankan selepas pemantauan statik sekitar 1.5 kilometer dari muka sauk tersebut menunjukkan bacaan sifar ton pada pukul 12 tengah hari.

“Siasatan dijalankan di beberapa lokasi bagi mengenal pasti punca pencemaran tersebut. LUAS juga meningkatkan kekerapan pensampelan bau di lokasi pemantauan statik daripada satu jam kepada 30 minit untuk memantau rapi status semasa air sungai.

“Sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya lapor Utusan.

Sementara itu Air Selangor dalam makluman kepada umum memberitahu, henti tugas sementara dilakukan di LRA Sungai Semenyih bermula tengah hari tadi dan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 463 kawasan di lima wilayahnya.

Kawasan yang terjejas seperti, Petaling Jaya (172 kawasan), Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

“Bagaimanapun, memandangkan bacaan pencemaran berada pada tahap sifar ton pada pukul 4 petang tadi, LRA Sungai Semenyih sudah mula beroperasi bagi memulakan proses pembersihan.

Justeru, bekalan air bersih dan terawar dijangka akan dapat disalurkan secara berperingkat kepada pengguna mulai pukul 12.30 tengah malam ini,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu lagi, bantuan alternatif melalui lori tangki digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal.

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan