30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pemandu lori maut, langgar kontena terjatuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu lori maut selepas melanggar muatan kontena yang terjatuh dari sebuah lori lain di Kilometer 38.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala Banting, Selangor malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.30 malam itu telah mengakibatkan lelaki berusia 36 tahun tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, lima anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.34 malam.

“Pemeriksaan mendapati kemalangan itu melibatkan dua lori kontena yang dipandu dua mangsa berasingan.

Advertisements

“Kontena lori pertama dipercayai terjatuh sehingga merentangi jalan sebelum dilanggar lori kedua yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, lelaki berusia 34 tahun yang memandu lori kontena yang terjatuh selamat dan mengalami kecederaan.

“Manakala, pemandu lori kedua tersepit dalam kenderaan berjaya dikeluarkan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,”katanya.

Tambah beliau, pihaknya kemudian menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan