29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

Saya akan lakukan apa sahaja untuk keadilan Bella – isteri TMJ

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“SAYA akan lakukan apa sahaja dengan kuasa yang saya ada untuk mendapatkan keadilan buat Bella.”

Itu kenyataan tegas Che Puan Besar Khaleeda Bustamam berhubung kes penderaan melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali.

Berkongsi di Instastory pada Jumaat, isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu menegaskan bahawa beliau sudah jelak dengan sikap segelintir ‘manusia pengecut’ yang berfikir bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja terhadap insan yang lemah dan ‘lepas tangan.’

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik barisan peguam tetapi yang pasti akan ada balasan yang setimpal buat sama ada di dunia dan akhirat.

“Kamu juga akan menjadi contoh kepada semua ‘pengecut’ di luar sana yang tidak pernah berfikir tentang akibat atas apa yang mereka lakukan di masa akan datang,” katanya.

Baca juga:   Zambry ke Arab Saudi, bincang potensi ekonomi baharu

Che Puan Khaleeda menaik kenyataan itu susulan perkongsian kontroversi peguam Siti Bainun di Facebook baru-baru ini yang turut mendapat kecaman warganet.

Semalam tular gambar barisan peguam yang mewakili Siti Bainun di Facebook.

Gambar berkenaan dikongsikan Hafidzah Hassan bersama anak guamnya dan sembilan lagi barisan peguambela yang turut mengendalikan kes berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian gambar tersebut mendapat kecaman orang ramai yang turut tidak selesa dengan riak ceria barisan peguam yang mewakili Siti Bainun.

Barisan peguam yang mewakili Siti Bainun.

Ada yang menunjukkan “peace” dan “mini love” tanpa menghiraukan sensitiviti kes yang sedang berjalan tersebut.

Baca juga:   Raja berjiwa rakyat: Telatah Agong kena 'prank' mencuit hati

Rata-rata mereka tetap berpihak kepada Bella dan mendoakan supaya penghakiman kes tersebut dapat dijalankan dengan adil dan saksama.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lambang PN di 4 negeri dikekalkan hadapi PRN

MESYUARAT Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kekal menggunakan lambang PN di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah...

Lagi Artikel Berkaitan