25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

16 rakyat Malaysia tertipu ‘scammer’ di Kemboja diselamatkan

Kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan kini berada di Phnom Penh sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HASRAT 16 orang rakyat Malaysia untuk bekerja dengan gaji lumayan di Kemboja rupa-rupanya azab buat mereka apabila mereka dipaksa menjadi penipuan (scammer) serta dokumen pengenalan diri dipegang sindiket.

Kesemuanya yang menjadi mangsa sindiket tipu iklan pekerjaan terkandas di Kemboja berjaya diselamatkan di Preah Sihanouk Province, Kemboja pada Selasa lepas.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, usaha itu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol), Aseanapol, Kementerian Dalam Negeri serta Cambonian National Police.

“Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan terdiri daripada 15 lelaki serta seorang wanita berusia lingkungan 19 hingga 43 tahun telah diperdaya dengan iklan peluang pekerjaan Facebook sebagai pegawai khidmat pelanggan di Kemboja.

“Mangsa ditawarkan dengan gaji lumayan manakala segala kos perbelanjaan perjalanan ditanggung pihak syarikat di Kemboja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd. Jalil berkata, sindiket bertindak merampas dokumen perjalanan, mengawal pergerakan dan mengurung mangsa dengan kawalan yang ketat setelah mereka tiba di negara itu.

Advertisements

Menurutnya, mangsa hanya baru menyedari pekerjaan sebenar dan diperdaya setelah sampai di negara terbabit.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipaksa untuk bekerja sebagai scammer.

“Kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan kini berada di Phnom Penh sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” ujarnya lagi.

7 April lalu, Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA mendakwa lebih 50 rakyat Malaysia dipercayai menjadi tawanan di beberapa negara seperti Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Thailand oleh sindiket penipuan dalam talian.

Ketua biro berkenaan, Datuk Seri Michael Chong mendedahkan pihaknya menerima panggilan telefon daripada sejumlah mangsa pada Februari lepas yang meminta diselamatkan daripada menjadi tawanan sindiket sejak dua hingga enam bulan lepas.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan