26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

MRSM Muar ditutup seminggu, 30 pelajar positif Covid-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAKTAB Rendah Sains Mara (MRSM) Muar diarahkan tutup selama tujuh hari bermula Sabtu selepas 30 pelajar didapati positif Covid-19.

Notis perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon yang mengesahkan perkara itu berkata daripada jumlah itu, 11 pelajar disahkan positif Covid-19 menerusi ujian saringan yang dilakukan pada hari ketiga mendaftar masuk ke asrama sejak Isnin lepas.

“Kemudian pada hari kelima, ujian saliva telah dilakukan ke atas semua pelajar dan hasil ujian mendapati 19 lagi pelajar positif Covid-19.

“Kuarantin ke atas semua pelajar yang positif telah dibuat di tempat yang ditetapkan malah pengasingan serta-merta juga telah dilakukan atas nasihat PKD Muar,” katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.

Baca juga:   Darurat gagal halang penyebaran Covid-19 - Najib

Penutupan MRSM berkenaan juga disahkan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu.

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan