26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Satu kes kematian disahkan rabies di Selangor

Ekoran itu langkah segera diambil termasuk menampak anjing-anjing liar di lokaliti terlibat sejak 7 April lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan terdapat satu kes kematian membabitkan seorang lelaki warga tempatan yang disebabkan oleh rabies atau penyakit anjing gila, pada 4 April lalu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, mangsa berusia 40 tahun dan menetap di daerah Petaling itu, meninggal dunia di rumah pada 10 Mac lalu.

Menurutnya, mendiang dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan keputusan ujian makmal bagi spesimen otak didapati positif virus rabies.

“Hasil siasatan dalam kalangan masyarakat setempat mendapati mendiang dilihat masih berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan dua hari sebelum meninggal.

“Adalah dimaklumkan punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Dr Sha’ari berkata, berikutan kejadian kes itu, beberapa langkah pencegahan dan kawalan dijalankan secara bersepadu oleh JKNS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Petaling antaranya penangkapan anjing liar yang dijalankan di lokaliti terbabit bermula 7 April lalu.

“Spesimen haiwan yang ditangkap dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI),” katanya.

Dr Sha’ari berkata, siasatan lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Program ActiveCase Detection (ACD) dalam lingkungan radius satu kilometer dari rumah mendiang.

Katanya, surat peka kepada semua fasiliti kesihatan awam dan swasta dikeluarkan bagi meningkatkan kesedaran dan pengesanan awal kes gigitan anjing atau haiwan liar oleh pengamal perubatan di Selangor.

“Selain itu, pelantikan dua hospital rujukan kes gigitan anjing di negeri ini iaitu Hospital Shah Alam dan Hospital Serdang. Ini bagi membolehkan penilaian risiko dan kategori luka bagi pemberian vaksin rabies serta rawatan immunoglobulin rabies sekiranya perlu,” katanya.

Susulan itu, Dr Sha’ari turut menasihati orang awam agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan apabila digigit oleh anjing atau haiwan liar iaitu segera membersihkan bahagian tubuh yang digigit atau dicakar dan mendapatkan rawatan.

“Segera laporkan kepada DVS Selangor atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah sekiranya peliharaan berubah tingkah laku termasuk menjadi agresif atau pihak PBT jika terdapat anjing atau haiwan liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini wabak rabies diisytiharkan pada 1 Julai 2017 di Sarawak.

Dari 1 Julai hingga 24 Mei tahun lalu, jumlah kes adalah 34 dengan 32 kematian manakala dua kes kanak-kanak yang masih hidup mengalami komplikasi neurologi yang teruk di Sarawak.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan