26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

‘Luffiya treatment foundation’ mengandungi racun berjadual

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai dinasihatkan tidak membeli dan menggunakan dua produk kosmetik iaitu LS repairing cream dan Luffiya treatment foundation kerana dikesan mengandungi racun berjadual jenis merkuri.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM), Norhaliza A Halim berkata, mereka yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya.

“Mereka juga perlu mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

“Sementara itu, penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini pula perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik berkenaan dengan serta-merta.

Advertisements

“Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Norhaliza berkata, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.- Bernama

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan