31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

KPWKM teliti hukuman 100-150 hari khidmat masyarakat kes persenda OKU

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bakal meneliti cadangan hukuman 100 hingga 150 hari program khidmat masyarakat dikenakan kepada mereka yang mempersenda golongan orang kurang upaya (OKU).

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, KPWKM berpendapat cadangan berkenaan sesuai dilaksanakan kerana program khidmat masyarakat menggariskan tiga elemen utama iaitu hukuman, pemulihan dan penginsafan.

Menurutnya, kementerian akan meneliti lebih lanjut cadangan tersebut dalam proses semakan Akta OKU 2008.Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Ujar Siti Zailah lagi, KPWKM memandang serius insiden mendiskriminasi golongan OKU terutama melalui penularan dalam media sosial.

Bagaimanapun menurutnya, pewujudan remedi dan penalti yang munasabah bagi menangani isu tersebut memerlukan penelitian lanjut dari aspek perundangan.

Advertisements

Tambah beliau lagi, bagi menangani perlakuan jenayah berkenaan, undang-undang yang terpakai di Malaysia kini adalah di bawah Seksyen 233 (1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Siti Zailah berkata, buat masa ini sebarang bentuk aduan, rayuan dan petisyen berkaitan pelanggaran hak OKU boleh disalurkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan sistem perundangan lain yang sedia ada.

Dalam perkembangan status Pelan Tindakan OKU (PTOKU) 2016-2022, menurut beliau, KPWKM sedang menganalisis pencapaian program dan tindakan yang ditetapkan dalam pelan berkenaan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada agensi peneraju bagi setiap program serta tindakan di bawah PTOKU.

“Dapatan analisis ini akan digunakan sebagai input untuk pembangunan pelan tindakan OKU yang baharu selain daripada libat urus membabitkan komuniti OKU, badan bukan kerajaan (NGO) dan kementerian serta agensi yang akan diadakan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan