31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Gaji minimum penjawat awam dinaikkan perlu kajian menyeluruh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KAJIAN menyeluruh perlu dilakukan termasuk membabitkan aspek keupayaan kewangan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung kenaikan gaji minimum penjawat awam di negara ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

“Kita tahu, kerajaan juga mempunyai beban yang tinggi dan membayar pencen dan sebagainya.

“Kakitangan awam kita perlu pendekatan menyeluruh (sebelum kenaikan),” katanya seperti dilaporkan Bernama selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama pegawai kanan negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Advertisements

Beliau mengulas kadar gaji minimum baharu sebanyak RM1,500 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam kepada majikan syarikat besar dan sama ada ia turut dilaksanakan kepada penjawat awam.

Dalam perkembangan lain, Mohd Syafiq berkata, kepercayaan rakyat kepada perkhidmatan awam juga perlu ditingkatkan termasuk memudah cara perkhidmatan, mengurangkan kerenah birokrasi, tangkas dan berinovasi berpaksikan kepada rakyat.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini dan ia berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan