26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Hakimah wanita pertama dilantik Ketua Pengarah Jakim

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mencatatkan sejarah apabila kali pertama bakal diterajui oleh seorang wanita iaitu Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah baharu berkuat kuasa 21 Mac ini.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, pemilihan Hakimah adalah berdasarkan perkhidmatan beliau selama 30 tahun khususnya di agensi berkenaan.

“Tahniah atas pelantikan Datuk Hakimah sebagai Ketua Pengarah Jakim berkuat kuasa pada 21 Mac ini.

“Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu Jakim ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetitif serta berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Advertisements

Jawatan Ketua Pengarah Jakim kosong sejak November tahun lalu selepas Datuk Abdul Aziz Jusoh bersara wajib.

Mengulas lanjut, Mohd Zuki berkata, pelantikan wanita pertama menerajui Jakim meningkatkan pembabitan golongan itu sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam.

Hakimah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM) pada 1990 dan Ijazah Sarjana dari Universiti Putra Malaysia pada 2001.

Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim pada 1992 dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan