26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 19, 2022

Rasuah: Majistret dipenjara 58 tahun, denda RM1.05 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG Majistret dijatuhi hukuman penjara 58 tahun dan denda sebanyak RM1.05 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, atas enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang peniaga, tiga tahun lalu.

Keputusan itu diputuskan, Hakim Datuk Ahmad Zamzami Mohd. Zain selepas mendapati, tertuduh Mohamad Amin Shahul Hamid, 41, bersalah bagi kesemua pertuduhan yang disabitkan.

Dalam pada itu, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan bagi mematahkan hujahan dikemukakan pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Mohamad Amin yang pernah berkhidmat sebagai Majistret di Raub dan Lipis itu, menjalani semua hukuman penjara secara serentak iaitu 12 tahun bermula tarikh sabitan.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara tambahan selama 72 bulan jika gagal membayar denda yang telah ditetapkan mahkamah.

Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh didakwa meminta suapan berjumlah RM100,000 dan menerima suapan bernilai RM110,000 daripada Hassan Basri Ahmad Sutan Modo di sekitar Lipis dan Raub antara 5 Julai hingga 22 Oktober 2019.

Baca juga:   Remaja bakar rumah keluarga atas 'arahan' arwah ibu

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh hanya mengenakan denda dan tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Hassan Basri yang didakwa memiliki rokok seludup semasa kes itu didengar di hadapan tertuduh.

Jika tertuduh bersabit kesalahan, akan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Baca juga:   2 lagi kertas siasatan dibuka terhadap Phillip Among

Pada 9 Ogos tahun lalu, mahkamah selepas mendengar keterangan 15 saksi pendakwaan memerintahkan tertuduh membela diri terhadap semua pertuduhan.

Mohamad Amin memilih memberi keterangan secara bersumpah tanpa mengemukakan saksi lain bagi menyokong pembelaannya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala tertuduh diwakili peguam, S. Meheraj.

Sementara itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan tambahan RM25,000 bagi menangguhkan semua hukuman itu selepas pihak pembelaan mengemukakan permohonan untuk menfailkan keputusan berkenaan ke Mahkamah Rayuan. 

Terkini

Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan atau dua tahun di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah, hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan