30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

11,111 kekosongan perjawatan dalam PDRM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 11,111 kekosongan perjawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) direkodkan sehingga 31 Januari lalu.

“Secara keseluruhan sehingga 31 Januari lalu, PDRM mempunyai 137,628 perjawatan merangkumi pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Zaini Jass, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 651 kekosongan perjawatan melibatkan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis (9,005) dan pegawai awam (1,455).

“Kekosongan yang berlaku disebabkan kesukaran untuk melaksanakan latihan atau kursus bagi mengisi perjawatan yang ada, ekoran penularan COVID-19 dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan.

“Pada tahun ini, kami sedang dan akan melatih sebanyak 5,000 individu bagi mengisi kekosongan jawatan pegawai rendah polis dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan dan baki kekosongan yang ada dijangka dapat diisi menjelang akhir tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka, hari ini.

Katanya, walaupun terdapat kekosongan perjawatan, ia tidak menjejaskan kesiapsiagaan PDRM dalam menghadapi peralihan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, anggota atau pegawai polis boleh memohon untuk berpindah atau bertugas di negeri asal, namun ia bergantung kepada beberapa syarat yang ditetapkan.

“Dasar kami tidak berubah. Mereka boleh membuat permohonan dan mempertimbangkannya tetapi umur mereka perlulah menghampiri usia persaraan dan terdapat kekosongan di negeri yang dimohon,” katanya.

Terdahulu Zaini menyaksikan upacara serah tugas jawatan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali kepada Timbalan Ketua Polis Melakam Datuk Razali Abu Samah sebagai pemangku jawatan berkenaan.

“Sebagai pegawai polis, saya telah lama memberi perkhidmatan dan mendampingi masyarakat. Jadi jiwa saya dengan masyarakat sudah sebati, saya rasa tidak boleh berhenti untuk terus beri bakti, bukan sebagai penguat kuasa undang-undang, tetapi sebagai NGO,” katanya.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan