31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Walt Disney hentikan semua aktiviti perniagaannya di Rusia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA aktiviti perniagaan syarikat Walt Disney di Rusia akan dihentikan berikutan peperangan berterusan di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan itu termasuk pelesenan terhadap kandungan dan produk, aktiviti Disney Cruise Line, majalah dan lawatan National Geographic, penerbitan kandungan tempatan dan penyampaian kandungan video melalui rangkaian siaran atau kabel.

Menurut Disney dalam satu kenyataan berkata, sesetengah daripada aktiviti perniagaan itu boleh dan akan kami hentikan serta-merta.

Advertisements

“Lain-lain, seperti penyampaian kandungan video dan beberapa kandungan serta pelesenan produk akan mengambil masa disebabkan isu kontrak,” tambah kenyataan itu.

Dalam pada itu, Disney berkata, bagaimanapun syarikat akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan untuk menyalurkan bantuan segera kepada pelarian.

Pada 28 Feb, syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah menghentikan sementara tayangan filemnya di Rusia. – Bernama

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan