26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

407,097 calon SPM 2021 duduki ujian bertulis esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 407,097 calon akan menduduki ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang akan dilaksanakan pada 2 sehingga 29 Mac 2022.

Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerus kenyataan berkata, ia membabitkan sebanyak 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan ini, seramai 50,514 petugas peperiksaan telah dilantik.

“Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu ujian bertulis peperiksaan SPM 2021 untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my,” katanya.

Advertisements

Kenyataan itu berkata, calon diingatkan membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19,” katanya lagi.

Garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan