27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Dos penggalak dipergiat di kawasan liputan rendah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBERIAN dos penggalak bagi kawasan liputan rendah di negeri Johor akan diberi keutamaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sehingga kini terdapat enam daerah di negeri Johor yang dikategorikan kawasan liputan rendah dos penggalak iaitu di bawah 50 peratus daripada jumlah populasi.

Enam daerah terbabit ialah Mersing (32 peratus), Pontian (35 peratus), Segamat (37 peratus), Kota Tinggi (42 peratus), Kluang (46 peratus) dan Tangkak (48 peratus).

Beliau berkata, empat daerah di Johor merekod liputan dos penggalak lebih 50 peratus iaitu Muar (71 peratus), Johor Bahru (67 peratus), Kulai (56 peratus) dan Batu Pahat sebanyak 52 peratus.

“Secara keseluruhan di Johor, sebanyak 57 peratus daripada populasi penduduknya sudah mendapat dos tambahan vaksinasi COVID-19 setakat semalam,” katanya menerusi twitternya hari ini.

Untuk rekod, Johor akan mengarungi PRN pada 12 Mac ini selepas Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 22 Januari lalu.

Advertisements

Sementara itu Khairy berkata, sebanyak 80 peratus daripada masyarakat Cina sudah mendapat suntikan dos penggalak berbanding kurang 50 peratus daripada orang Melayu.

Dari segi negeri pula, Sarawak menjadi negeri paling berjaya dalam pemberian dos penggalak dengan keseluruhan capaian 76.8 peratus..

Ia diikuti Melaka (71.9 peratus), Lembah Klang (66.9 peratus), Negeri Sembilan (62.4 peratus), Pulau Pinang (61.5 peratus) dan Labuan (57.1 peratus).

Tiga negeri terendah dalam liputan dos penggalak adalah Perlis dengan 30.9 peratus, Kelantan (25.3 peratus) dan Sabah (24.8 peratus).

“Dos penggalak dapat memberi perlindungan yang baik terutama dalam gelombang Omicron,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan