31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

‘Pondan’ lindungi Long Tiger dipenjara lima bulan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki berperwatakan wanita (pondan) dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah hari ini selepas mengaku bersalah melindungi lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger, bulan lalu.

Tertuduh, Rusli Mat, 47, yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad.

Nurul Ainna menjatuhkan hukuman penjara tersebut dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 28 Disember lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Rusli yang mengenakan blaus belang hitam dan putih serta seluar jeans didakwa melindungi Abdul Hamim Ab Hamid dengan niat untuk mengelakkan lelaki terbabit daripada ditangkap.

Kesalahan tersebut dilakukan di LBS 854A, Kebun Tebu Jalan Kuala Ketil di sini kira-kira pukul 3.15 petang, 28 Disember tahun lalu.

Advertisements

Terdahulu, 29 Disember lalu Long Tiger dicekup polis di Sungai Petani dan dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak untuk tahanan reman.

Lelaki berusia 32 tahun itu dibawa ke mahkamah terbabit bersama tiga lagi individu lelaki yang berusia 36; 38, dan 46 tahun dipercayai terlibat memberi perlindungan kepada Long Tiger.

Keempat-empat mereka termasuk lelaki yang berperwatakan perempuan yang dicekup bersama-sama Long Tiger di Sungai Petani serta di Yong Peng, Batu Pahat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan