30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PDRM lancar Ops Bantu selaras bantuan banjir daripada NGO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Ops Bantu bagi menyelaraskan dan menyokong penyampaian bantuan mangsa banjir daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta organisasi tidak mempunyai pengangkutan atau memerlukan sumber manusia.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata mana-mana pihak yang mahu menyalurkan bantuan dan memerlukan sokongan logistik atau sumber manusia boleh menghubungi Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Bukit Aman di talian 03-22663498.

Katanya, mereka yang memerlukan bantuan perlu memberi maklumat berkaitan kepada petugas pusat itu untuk tindakan susulan.

Advertisements

“Maklumat itu ialah nama individu dan organisasi memohon, nombor telefon pemohon, lokasi dan sasaran bantuan, jenis penugasan dilaksanakan, jenis logistik dan jumlah diperlukan.

“Selain itu, jenis barang diedar, jumlah anggota diperlukan untuk penugasan serta peralatan yang perlu dan yang dibekalkan pemohon.

“Selepas membuat pertimbangan, Jabatan KDNKA akan mengaturkan tindakan bagi memastikan setiap bantuan dapat disalurkan kepada penerima bantuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan