26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Pengecualian fi lesen pengusaha, pemandu pelancong dilanjutkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha-pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong bermula 1 Januari sehingga 30 Jun tahun hadapan.

MOTAC dalam kenyataan berkata, pengecualian berkenaan turut diberikan kepada pengusaha dan pemandu pelancong yang belum mendapat kelulusan pembaharuan lesen disebabkan oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Justeru, dengan pelaksanaan pelanjutan inisiatif ini, MOTAC berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak mengambil peluang ini untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing bagi memastikan pengecualian ini dapat dinikmati.

“Pengecualian fi pembaharuan lesen sehingga 30 Jun 2022 telah melibatkan 2,219 buah syarikat pengusaha pelancongan yang berjumlah RM1,646,100,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pihak kementerian turut menyeru semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang terlibat untuk membuat pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan bag memastikan pematuhan kepada perundangan sedia ada.

Advertisements

Menurut kenyataan berkenaan, MOTAC sentiasa prihatin dengan senario cabaran besar dan berterusan yang masih dihadapi oleh penggiat industri pelancongan susulan impak pandemik COVID-19.

Untuk rekod, MOTAC merupakan agensi Kerajaan yang menguatkuasakan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan Peraturan-Peraturan.

Antara bidang kuasa MOTAC dalam menguatkuasakan Akta 482 ialah melesenkan Pengusaha-Pengusaha Pelancongan di bawah Seksyen 5 dan Pemandu Pelancong di bawah Seksyen 21.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan