28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Banjir: NS lulus RM39.6 juta baik pulih jalan, jambatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKAUN Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri Sembilan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM39.6 juta bagi kerja-kerja baik pulih infrastruktur seperti jalan dan jambatan di negeri itu akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peruntukan tersebut diluluskan hasil Mesyuarat Khas (Pasca Banjir) Jawatankuasa Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri pada 29 Disember yang lalu.

Beliau berkata, peruntukan yang diluluskan itu merangkumi 88 buah projek selaras dengan ketetapan Pekeliling Perbendaharaan PB3.6 dengan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri 3.0.

“Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya bersetuju dengan permohonan kerja-kerja baik pulih infrastruktur seperti baik pulih jalan, cerun, jambatan serta lain-lain kerja baik pulih.

“Anggaran kelulusan seperti baik pulih jambatan sebanyak RM9.7 juta (24 projek), baik pulih jalan sebanyak RM2.9 juta (24 projek); baik pulih cerun sebanyak RM25.2 juta (27 projek) dan lain-lain kerja baik pulih yang berkaitan seperti longkang dan pembentung sebanyak RM1.7 juta (13 projek),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aminuddin menambah, bagi mempercepatkan proses pelaksanaan projek, mesyuarat tersebut turut bersetuju agar beberapa kaedah perolehan dilaksanakan seperti kaedah undian, perolehan secara terbuka atau tender bergantung kepada tahap kesegeraan kerosakan.

“Selain daripada kaedah perolehan di atas, sebanyak RM5 juta telah pun diluluskan serta-merta secara perolehan darurat mengikut AP173.2 dan PB3.3

“Keutamaan kerajaan negeri juga adalah untuk memastikan keselamatan dan kebajikan awam terpelihara.

“Sehubungan itu, setiap agensi pelaksana telah diarahkan untuk mempercepatkan gerak kerja dan melaksanakan terlebih dahulu pembaikan sementara di mana-mana lokasi yang berkaitan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan