27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Siasatan kes buli MRSM Muar diserah kepada Bukit Aman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERTAS siasatan melibatkan kejadian buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar baru-baru ini kini berada di Bahagian Pendakwaan dan Undang-​Undang (D5) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, siasatan melibatkan lima pelajar tingkatan empat sekolah berasrama penuh itu telah dihantar oleh Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Menurutnya, siasatan di pihaknya sudah lengkap dan dihantar ke IPK Johor sebelum dipanjangkan ke Bukit Aman dan ketika ini sedang menunggu arahan lanjut.

“Kes dirujuk ke Bukit Aman setelah ia menjadi satu kes yang mempunyai kepentingan awam. Ketika ini masih tiada sebarang tindakan pertuduhan dikenakan terhadap mereka selepas tamat tempoh reman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor 2021 hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan isterinya, Senior Asisten Komisioner Datin Zaleha Mohd. Ariffin yang juga Pengerusi Perkep Johor.

Advertisements

Zaharudin berkata, siasatan ketika ini dijalankan hanya melibatkan lima pelajar berkenaan dan tidak melibatkan individu lain.

“Lima pelajar tersebut merupakan wakil pelajar yang dilantik pihak sekolah dan kejadian dipercayai berpunca akibat ketidakpuasan hati antara suspek dan mangsa.

“Ketika ini saya tidak dapat mengesahkan tindakan yang diambil pihak sekolah terhadap mereka kerana sekolah sedang bercuti,” jelasnya.

Pada 16 Disember lalu, kelima-lima pelajar berkenaan direman bagi membantu siasatan kejadian buli terhadap seorang mangsa berusia 14 tahun yang mengalami kecederaan bengkak rusuk kiri.

Kelima-lima mereka sebelum itu ditahan di sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka; Kajang, Selangor; Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan