26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PM arah sambung segera elektrik apabila keadaan selamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan supaya penyambungan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir disegerakan apabila keadaan kembali selamat.

Menerusi perkongsian di media sosial, Ismail Sabri mengeluarkan arahan itu kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Saya telah mengarahkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli membuat penyambungan bekalan elektrik secepat mungkin apabila selamat, kepada kawasan terjejas banjir.

“Mangsa banjir perlu bekalan elektrik untuk mencuci rumah, mengepam keluar air banjir, pencahayaan serta keselesaan mereka.

“Disebabkan masih ada kawasan yang ditenggelami banjir, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menangguhkan penyambungan bekalan elektrik ke kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Saya memberi jaminan, bekalan elektrik akan disambung sesegera mungkin apabila banjir mulai surut, kerja-kerja pembersihan dilakukan serta tiada kerosakan besar pada pencawang,” katanya.

Ismail Sabri berkata terdapat lebih 350 kawasan di Lembah Klang terputus bekalan elektrik ekoran banjir.

Advertisements

Jelasnya, atas faktor keselamatan awam, TNB terpaksa memutuskan bekalan elektrik buat sementara waktu kerana paras air masih berbahaya.

“Ini kerana, kejadian litar pintas boleh berlaku dan boleh menyebabkan kebakaran,”katanya.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, sebanyak 355 kawasan masih belum mendapat bekalan elektrik di Selangor.

TNB Careline berkata, setakat pukul 12 tengah malam tadi, bekalan elektrik masih belum dapat disalurkan demi keselamatan pengguna.

Katanya, walaupun banjir sudah surut tetapi pengguna masih belum menerima bekalan elektrik kerana besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan ke premis masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.

-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan