33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

KPM keluarkan jadual baharu peperiksaan SPM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JADUAL baharu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi ciapan di Twitter beliau, hari ini.

Radzi berkata, beliau menerima banyak pandangan khususnya daripada calon SPM 2021 dan ibu bapa berkaitan jadual peperiksaan SPM 2021 yang dikatakan turut diadakan pada hari Jumaat dan Ahad.

Advertisements

Jelasnya, pihak kementerian mengambil kira pandangan diberikan itu dan ia sudah dibincangkan di peringkat Lembaga Peperiksaan dan pengurusan tertinggi KPM.

“Insya-Allah, kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan peperiksaan SPM 2021 dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada ibu bapa dan calon SPM 2021 yang telah beri pandangan berkaitan jadual peperiksaan itu,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan