25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

UniKL MIAT bangun pusat simulasi penerbangan termaju

Simulator bernilai RM2.9 juta itu satu-satunya simulator B737-800 di Malaysia selain terdapat di Malaysia Airlines.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) berjaya membangunkan sebuah Pusat Simulasi Penerbangan bagi Program Latihan Penarafan (Aircraft Type Rating) untuk pesawat Boeing 737-800.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pusat yang terletak di kampus Subang itu dilengkapi dengan peralatan avionik dan instrumen dengan piawaian pesawat sebenar.

“Simulator B737-800 ini akan diguna pakai untuk latihan kejuruteraan baik pulih pesawat khususnya B737-800 di mana para mahasiswa akan dilatih dan didedahkan kepada pelbagai sistem kejuruteraan pesawat melalui proses pengujian sistem avionik dan instrumen.

“Dengan adanya simulasi penerbangan ini, pelajar akan didedahkan dengan kejuruteraan teknologi simulasi penyelengaraan dan penerbangan terkini selain diajar asas penerbangan dan seterusnya dapat menerbangkan pesawat dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Simulasi Penerbangan UniKL MIAT Kampus Subang di Subang, Selangor hari ini.

Mahdzir Khalid melihat kemudahan yang ada di UniKL MIAT di Subang, Selangor.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun dan Pengerusi UniKL, Prof. Emeritus Datuk Dr. Sukiman Sarmani.

Jelas Mahdzir, pusat simulasi itu juga mendapat pengiktirafan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) bagi tujuan latihan jurutera penyelengaraan pesawat.

Menurutnya, simulator bernilai RM2.9 juta di UniKL MIAT itu juga merupakan satu-satunya simulator B737-800 yang beroperasi di Malaysia selain yang terdapat di Malaysia Airlines.

Advertisements

“Perolehan Simulator 737-800 ini adalah sebahagian daripada inisiatif UniKL MIAT dibawah projek Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) bertujuan untuk melatih lebih ramai jurutera, mekanik dan juruteknik yang berkelayakan dalam bidang penyelenggaraan pesawat bertauliah.

Selain itu katanya, tempoh masa latihan bagi pelajar juga dapat dipendekkan sebanyak 30% dari tempoh asal yang ditetapkan.

“Dengan perolehan pusat simulasi itu juga sekaligus menaik taraf kampus UniKL MIAT dengan elemen Smart MRO dan menjadi pemangkin bagi menjayakan revolusi industri 4.0.

“Projek naiktaraf ini sedang giat dijalankan dan bakal memperkenalkan MRO masa hadapan kepada para mahasiswa UniKL MIAT,” katanya.

“Ini adalah untuk memastikan bahawa mereka memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi yang kekal relevan dengan industri masa hadapan.

Sementara itu, Mahdzir menjadi tokoh pemimpin pertama ditampilkan dalam program Siri Bicara Menteri UniKL yang dihadiri 150 orang pemimpin mahasiswa dari kesemua 12 buah kampus UniKL.

Program yang julung kali dianjurkan oleh Bahagian Gaya Hidup Kampus UniKL itu bertujuan menyediakan platform interaksi secara langsung diantara pemimpin negara dengan pemimpin mahasiswa.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan