27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

PRN Melaka: BN menang bergaya, PN curi dua kerusi

Secara tidak rasmi BN meraih 21 kerusi diikuti oleh Pakatan Harapan (PH) lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN), dua kerusi

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) hari ini menang bergaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila berjaya meraih 21 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Dengan kemenangan itu, BN akan membentuk kerajaan yang baharu tanpa perlu bergandingan dengan parti-parti lain.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh kira-kira 9.50 malam selepas parti itu meraih kemenangan 15 kerusi dan membentuk majoriti mudah.

Ini sekali gus menyaksikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu sekali lagi akan menjadi Ketua Menteri Melaka.

Majlis angkat sumpah akan dilangsungkan di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam pada jam 1 tengah hari esok.

Jemputan untuk majlis itu telah dihantar daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka, walaupun pengumuman rasmi pemenang pilihan raya negeri itu belum diumumkan.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) gagal mempertahankan 15 kerusi yang dimenangi dalam PRU-14 lalu apabila hanya menang lima kerusi masing-masing empat dari DAP manakala satu lagi disumbang oleh Amanah.

PH/DAP nyata mendapat sokongan padu pengundi Cina di Kota Laksamana, Kesidang, Bandar Hilir dan Ayer Keroh yang rata-rata mendapat majoriti besar.

Bagaimanapun, PH/DAP gagal mempertahankan kerusi Gadek, Duyong, Pengkalan Batu dan Bemban.

Bagi rakan sekutunya, PKR pula mengalami kekalahan memalukan apabila gagal meraih sebarang kemenangan, termasuk melepaskan dua kerusi yang dimenangi dalam PRU-14 lalu.

Perikatan Nasional (PN) pula, yang kali pertama bertanding dalam pilihan raya di Semenanjung pula hanya memenangi dua kerusi masing-masing di Bemban dan Sungai Udang melalui wakil Bersatu.

Dengan mempertaruhkan populariti bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta gandingan dengan Pas dan Gerakan, nyata PN gagal meraih sokongan pengundi Melaka.

Malah keputusan menamakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri juga tidak mampu menarik pengundi-pengundi di Melaka.

Malah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu turut tewas dalam pertandingan tiga penjuru di Tanjung Bidara.

Pas dan Gerakan yang masing-masing bertanding di lapan dan lima kerusi turut gagal meraih sebarang kemenangan.

KEDUDUKAN:

N01: Kuala Linggi

  1. ROSLI ABDULLAH (BN/UMNO) – Menang
  2. Aziah Mohd Sa’ad (PN/Pas)
  3. Julasapiyah Kassim (PH/Amanah)
  4. Datuk Kamisan Palil (Bebas)
    Penyandang: Ismail Othman (BN)

N02: Tanjung Bidara

  1. DATUK SERI AB RAUF YUSOH (BN/UMNO) – Menang
  2. Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN/Bersatu)
  3. Zainal Hassan (PH/PKR)
    Penyandang: Rawi Mahmud (BN)

N03: Ayer Limau

  1. DATUK HAMEED MYTHEEN KUNJU BASHEER (BN/UMNO) – Menang
  2. Dr Nordina Abd Latif (PN/Bersatu)
  3. Maznah Baharuddin (PH/Amanah)
    Penyandang: Amirudin Yusof (BN)

N04: Lendu

  1. DATUK SERI SULAIMAN MD ALI (BN/UMNO) – Menang
  2. Mejar (B) Abdullah Mahadi (PN/Bersatu)
  3. Mohamad Asri Ibrahim (PH/PKR)
    Penyandang: Sulaiman Md Ali (BN)

N05: Taboh Naning

  1. ZULKIFLEE DATUK SERI MOHD ZAIN (BN/UMNO) – Menang
  2. Abu Hashim Abdul Samad (PN/Pas)
  3. Zairi Suboh (PH/Amanah)
    Penyandang: Latipah Omar (BN)

N06: Rembia

Advertisements
  1. DATUK MUHAMAD JAILANI KHAMIS (BN/UMNO) – Menang
  2. Zamzuri Ariffin (PN/Bersatu)
  3. Zamri Pakiri (PH/PKR)
  4. Sabarudin Kudus (Bebas)
  5. K. Murali (Bebas)
    Penyandang: Muhamad Jailani Khamis (PH)

N07: Gadek

  1. P. SHANMUGAM (BN/MIC) – Menang
  2. Mohd Amir Fitri Muharam (PN/Bersatu)
  3. G. Saminathan (PH/DAP)
  4. Laila Norinda Maon (PUTRA)
  5. Mohan Singh (Bebas)
  6. Azafen Amin (Bebas)
    Penyandang: G. Saminathan (PH)

N08: Machap Jaya

  1. NGWE HEE SEM (BN/MCA) – Menang
  2. Tai Siong Jiul (PN/Bersatu)
  3. Law Bing Haw (PH/PKR)
  4. Abdul Azuz Osani Kasim (IMAN)
  5. Azkab Daud (Bebas)
    Penyandang: Ginie Lim (PH)

N09: Durian Tunggal

  1. ZAHARI ABD KALIL (BN/UMNO) – Menang
  2. Ja’afar Othman (PN/Pas)
  3. Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab (PH/Amanah)
  4. Mohd Erfan Mahrilar (Bebas)
    Penyandang: Mohd Sofi Abdul Wahab (PH)

N10: Asahan

  1. FAIRUL NIZAM ROSLAN (BN/UMNO) – Menang
  2. Dhanesh Basil (PN/Gerakan)
  3. Datuk Seri Idris Haron (PH/PKR)
  4. Mohd Akhir Ayob (Bebas)
  5. Azmar Ab Hamid @ Sha’aim (Bebas)
  6. Mohd Noor Salleh (Bebas)
    Penyandang: Abdul Ghafar Atan (BN)

N11: Sungai Udang

  1. Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (BN/UMNO)
  2. DR MOHD ALEEF YUSOF (PN/Bersatu) – Menang
  3. Hasmorni Tamby (PH/PKR)
  4. Mohd Zahar Hashim (Bebas)
    Penyandang: Datuk Seri Idris Haron (BN)

N12: Pantai Kundor

  1. TUMINAH KADI (BN/UMNO) – Menang
  2. Tan Sri Mohd Ridzwan Mustafa (PN/Bersatu)
  3. Datuk Nor Azman Hassan (PH/Amanah)
    Penyandang: Datuk Nor Azman Hassan (BN)

N13: Paya Rumput

  1. DATUK RAIS YASIN (BN/UMNO) – Menang
  2. Muhamad Faris Izwan Mazlan (PN/Bersatu)
  3. Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin (PH/PKR)
  4. Mohamad Hashidi Mohd Hashim (PUTRA)
  5. Mejar (B) Mohd Jaini Dimon (Bebas)
    Penyandang: Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen (PH)

N14: Kelebang

  1. DATUK LIM BAN HONG (BN/MCA) – Menang
  2. Bakri Jamaluddin (PN/Pas)
  3. Gue Teck (PH/PKR)
    Penyandang: Gue Teck (PH)

N15: Pengkalan Batu

  1. DATUK KALSOM NOORDIN (BN/UMNO) – Menang
  2. Mohd Azrudin Md Idris (PN/Bersatu)
  3. Muhamad Danish Zainudin (PH/DAP)
  4. Mohd Aluwi Sari (PUTRA)
  5. Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas)
    Penyandang: Norhizam Hassan Baktee (PH)

N16: Ayer Keroh

  1. Yong Fun Juan (BN/MCA)
  2. Datuk Seri Michael Gan Peng Lam (PN/Gerakan)
  3. KERK CHEE YEE (PH/DAP) – Menang
    Penyandang: Kerk Chee Yee (PH)

N17: Bukit Katil

  1. Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin (BN/UMNO)
  2. Muhammad Alhafiz Yahya (PN/Pas)
  3. DATUK SERI ADLY ZAHARI (PH/Amanah) – Menang
  4. Abdul Hamid Mustapah (Bebas)
    Penyandang: Adly Zahari (PH)

N18: Ayer Molek

  1. DATUK RAHMAD MARIMAN (BN/UMNO) – Menang
  2. Mohd Fadly Samin (PN/Bersatu)
  3. Mohd Rafee Ibrahim (PH/PKR)
  4. Ahmad Muaz Idris (Bebas)
    Penyandang: Datuk Rahmad Mariman (BN)

N19: Kesidang

  1. Leong Hui Yin (BN/MCA)
  2. Patrick Ng Chin Kae (PN/Gerakan)
  3. ALLEX SEAH (PH/DAP) – Menang
    Penyandang: Allex Seah (PH)

N20: Kota Laksamana

  1. Benjamin Low Chin Hong (BN/MCA)
  2. Fong Khai Ling (PN/Gerakan)
  3. LOW CHEE LEONG (PH/DAP) – Menang
    Penyandang: Low Chee Leong (PH)

N21: Duyong

  1. MOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM (BN/UMNO) – Menang
  2. Datuk Kamarudin Sedik (PN/Pas)
  3. Damian Yeo (PH/DAP)
  4. Mohd Faizal Amzah (PUTRA)
  5. Gan Tian Soh (Bebas)
  6. Muhamad Hafiz Ishak (Bebas)
    Penyandang: Damian Yeo (PH)

N22: Bandar Hilir

  1. Lee Kah Sean (BN/MCA)
  2. Clarice Chan Ming Wang (PN/Gerakan)
  3. LENG CHAU YEN (PH/DAP) – Menang
  4. Mak Chee Kin (Bebas)
    Penyandang: Tey Kok Kiew (PH)

N23: Telok Mas

  1. DATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN (BN/UMNO) – Menang
  2. Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen (PN/Bersatu)
  3. Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (PH/Amanah)
  4. Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas)
    Penyandang: Datuk Noor Efendi Ahmad (PH)

N24: Bemban

  1. Datuk Koh Chin Han (BN/MCA)
  2. DR MOHD YADZIL YAAKUB (PN/Bersatu) – Menang
  3. Tey Kok Kiew (PH/DAP)
  4. Azmi Kamis (Bebas)
  5. Ng Choon Koon (Bebas)
    Penyandang: Wong Fort Pin (PH)

N25: Rim

  1. DATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR (BN/UMNO) – Menang
  2. Azalina Abdul Rahman (PN/Bersatu)
  3. K.B. Prasanth (PH/PKR)
    Penyandang: Datuk Wira Ghazale Muhamad (BN)

N26: Serkam

  1. DATUK ZAIDI ATTAN (BN/UMNO) – Menang
  2. Ahmad Bilal Rahaudin (PN/Pas)
  3. Mohd Khomeini Kamal (PH/Amanah)
  4. Datuk Norazlanshah Hazali (Bebas)
    Penyandang: Zaidi Attan (BN)

N27: Merlimau

  1. DR MUHAMAD AKMAL SALEH (BN/UMNO) – Menang
  2. Abd Alim Shapie (PN/Pas) – 1616
  3. Azrin Abd Majid (PH/Amanah)
    Penyandang: Datuk Roslan Ahmad (BN)

N28: Sungai Rambai

  1. SITI FAIZAH ABDUL AZIS (BN/UMNO) – Menang
  2. Muhammad Jefri Safry (PN/Bersatu)
  3. Farzana Hayani Mohd Nasir (PH/PKR)
  4. Nazatul Asyraf Md Dom (Bebas)
    Penyandang: Datuk Wira Hasan Abd Rahman (BN)

KEPUTUSAN TIDAK RASMI:

  1. Barisan Nasional – 21
  2. Perikatan Nasional – 2
  3. Pakatan Harapan – 5
  4. Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) – 0
  5. Parti Perikatan India Musliam (IMAM)- 0
  6. Bebas – 0

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan