28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kes harian Covid-19 kembali menurun bawah 6,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES harian Covid-19 kembali mencatatkan penurunan di bawah 6,000 kes hari ini iaitu 5,859 kes selepas tiga hari berturut-turut mencatatkan bacaan lebih 6,000.

Pada 17 November, kes harian mencatatkan sebanyak 6,288 kes diikuti hari berikutannya sebanyak 6,380 kes dan semalam, 6,355 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,581,747 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Advertisements

Terdahulu, Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 1.01.

Menurut beliau, kerajaan hanya mewajibkan orang ramai memakai satu pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

“Pemakaian pelitup muka berganda boleh meningkatkan perlindungan daripada jangkitan Covid-19.

“Ini melibatkan memakai pelitup muka kain di bahagian luar dan pelitup muka pembedahan di bahagian dalam,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan