Thursday, June 4, 2026

PRN Melaka: BN umum calon Sabtu ini melalui platform Facebook

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) dijangka mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengumuman nama calon itu bakal dilaksanakan secara atas talian melalui media sosial partinya.

“Pengumuman nama Calon #BN live di Facebook #UMNO Online. Sabtu, 6 November pukul 10 pagi. Terima kasih memberi sokongan dan mengikuti,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan