33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Dokumen palsu: Bekas Timbalan Pengarah Imigresen NS didenda

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Negeri Sembilan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berkaitan nota penerimaan bekalan dan perkhidmatan bagi jabatan berkenaan, tiga tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, Nurshima Mislan, 45, yang ketika kejadian bertugas sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Gred M44 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh membayar denda yang dikenakan.

Mengikut pertuduhan, Nurshima yang bertugas di Jabatan Imigresen Negeri Sembilan sejak tahun 2018 didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Nota Penerimaan Bekalan dan Perkhidmatan yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen berkenaan adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan denda.

Advertisements

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Syafiq Stewart Abdullah dan Datuk Abu Bakar Isa Ramat.

Terdahulu dalam prosiding berkenaan, Muhammad Syafiq Stewart memohon hukuman paling minimum dikenakan ke atas anak guamnya atas alasan kesalahan berkenaan adalah pertama kali dilakukan tertuduh.

“Tertuduh juga mempunyai empat anak yang masih belajar selain dia juga menghidap penyakit Supraventricular Tachycardia (SVT) yang mana degupan jantung akan berhenti pada bila-bila masa sekiranya tidak mendapat rawatan segera.

“Tertuduh juga menghadapi pelbagai tekanan disebabkan kes ini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Menangi lebih RM400,000 menerusi Anugerah HONOR Magic Moments 2024

ANUGERAH HONOR Magic Moments mengadakan pertandingan fotografi mudah alih global tahunan ke empat dan kini menerima penyertaan untuk 2024. Pertandingan...

Lagi Artikel Berkaitan