33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

56 penagih dadah ditahan dalam Ops Jihad Dadah 2.0

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 56 individu disyaki penagih dadah ditahan polis dalam Operasi Jihad Dadah 2.0 yang dijalankan serentak di seluruh negeri Terengganu hari ini.

Memetik laporan Kosmo Online, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 57 tahun itu ditahan dalam operasi selama 15 jam yang berakhir pukul 3 petang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, seramai 26 individu diberkas di daerah ini, Marang (12), Besut (10) serta masing-masing empat di Hulu Terengganu dan Setiu.

Beliau berkata, operasi berkenaan turut berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 53.69 gram, pil kuda (32.61 gram), heroin (22 gram) dan 3.9 liter air ketum.

“Menerusi operasi skala besar ini, setiap daerah perlu membersihkan tiga lokasi ‘panas’ pada setiap bulan ,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini.

Terkini

Rancang pembangunan saksama di semua negeri – Sultan Ibrahim

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan yang saksama diberikan kepada semua bandar di...

Lagi Artikel Berkaitan