26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PN bincang pembahagian kerusi tanpa BN – Muhyiddin

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencapai konsensus untuk menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan segera tanpa Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana tiada isyarat daripada UMNO dan BN mengenai hala tuju kerjasama gabungan itu.

“Jika kita tunggu parti lain (BN) ia akan mengganggu perancangan kita.

“Setakat apa yang kita maklum, kita akan selesaikan pembahagian kerusi antara parti komponen PN sahaja,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN hari ini.

PN pada masa kini dianggotai oleh Bersatu, Pas, Gerakan, STAR dan SAPP.

Muhyiddin berkata, PN turut membincangkan pendekatan dan program yang akan dilaksanakan untuk menyantuni golongan muda selaras dengan pelaksanaan Undi-18 dan bersiap sedia dengan penambahan pengundi-pengundi muda dan baharu.

Advertisements

“PN sentiasa menghormati dan komited mendokong hak generasi muda untuk mengambil bahagian dalam proses pilihan raya dan amalan demokrasi di negara ini,” katanya.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, parti komponen PN menyokong penuh Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September, dan akan memainkan peranan aktif dalam menyampaikan pandangan serta pendirian dari semasa ke semasa.

“Mesyuarat juga membuat keputusan untuk saya sebagai Pengerusi PN bagi menyampaikan pendirian yang telah diambil oleh PN berkenaan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan bekas setiausaha politik beliau ketika menjadi Perdana Menteri, Saiful Adli Mohd Arshad sebagai Setiausaha Eksekutif PN berkuat kuasa 1 Oktober.

Sementara pelancaran rasmi PN peringkat kebangsaan akan diadakan pada November dengan Selangor sebagai tuan rumah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan