32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

MYNIC, UTMSpace bantu usahawan tembusi e-Dagang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – MYNIC Bhd (MYNIC) dan UTMSpace bekerjasama untuk membantu usahawan perniagaan secara tradisional untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan dalam talian sehingga menembusi pasaran global ekonomi digital.

Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC Berhad, Datuk Ts Hasnul Fadhly Hasan berkata, seiring usaha menuju status negara maju dan peralihan landskap perniagaan global ke arah ekonomi digital, MYNIC terus merancang pelbagai program dan inisiatif untuk memperkasakan para usahawan agar terus kompetitif dan relevan terhadap persekitaran perniagaan serba moden. 

Menurutnya, MYNIC kekal membantu dan menyediakan peluang latihan digital khususnya kepada usahawan tempatan sejajar dengan misi utama agensi ini bagi meneruskan agenda pendigitalan negara.

“MYNIC amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan UTMSPACE bagi menjayakan program seumpama ini, yang secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu keusahawanan digital dan meningkatkan penglibatan usahawan tempatan di dalam sektor e-Dagang.

“Selain itu, program ini dapat membuka ruang dan peluang pendapatan, di samping mendukung usaha kerajaan memperluas aktiviti ekonomi digital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejajar hasrat berkenaan, satu Memorandum Perjanjian (MoA) bersama UTMSPACE telah disempurnakan oleh Hasnul Fadhly dan Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, Prof. Dr. Azlan Ab. Rahman.

Baca juga:   Generasi baharu Felda dipermudah miliki kediaman sendiri

Kolaborasi MYNIC bersama UTMSpace sebagai rakan strategik ini menawarkan sijil profesional dalam Keusahawanan Digital yang diakreditasikan oleh London Examination Board (LEB). 

Baca juga:   Seorang maut, dua parah nahas enam kenderaan

Mengulas lanjut, Hasnul Fadhly berkata, MYNIC memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi digital sebagai pendaftar dan pentadbir nama domain. MY. 

“Antara modul latihan yang ditawarkan adalah teknik efektif penggunaan SEO, pemasaran digital melalui media sosial dan laman sesawang serta penambahbaikan kandungan digital bagi membantu perniagaan kekal berdaya saing selari dengan era digitalisasi.

“Sesi pemantauan berkala turut dijalankan bagi memantau perkembangan dan kefahaman para peserta terutamanya perkara berkaitan laman sesawang, keberkesanan pemasaran digital dan pelaksanaan strategi media sosial,” katanya.

Selain itu menurutnya, kerjasama strategik bersama UTMSPACE ini secara tidak langsung dapat mengembangkan potensi pelajar sebagai persediaan mereka menjadi usahawan tempatan yang mampu menembusi pasaran eDagang antarabangsa.

“ MYNIC turut bertanggungjawab sebagai platform untuk menyediakan latihan keusahawanan digital dan pembangunan laman sesawang eDagang yang mampan kepada para usahawan tempatan

“Kami akan teruskan usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan melalui latihan-latihan pendigitalan,” katanya.

Malah menurut beliau lagi, MYNIC ingin memastikan lebih banyak peluang melalui inovasi digital supaya para usahawan ini lebih bersedia untuk berdepan dengan cabaran digitalisasi.

“MYNIC akan meneruskan usaha untuk memperkasa perniagaan dan industri tempatan untuk menjadi penyumbang kepada ekonomi digital.

Baca juga:   Kadar kemasukan ke hospital dijangka menurun mulai Ogos - KJ

Menurutnya, dengan pembangunan industri ICT yang berkembang pesat dan penggunaan nama domain .MY yang meluas, ianya akan dapat membantu untuk menyokong serta menjayakan inisiatif pendigitalan negara.

Baca juga:   Acar buah Wan Norazah pilihan Bossku Najib Razak

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan