27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Aksi berbahaya pecut motosikal makan diri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Aksi seorang remaja menguji motosikal rakan yang diubah suai di jalan raya nyata “memakan diri” apabila dia ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Kampung Nelayan, Sungai Buloh, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penangkapan remaja berkenaan adalah susulan penularan video berdurasi 30 saat memaparkan aksi menguji kelajuan motosikal jenis Yamaha 125Z di Kilometer 16 Jalan Kuala Selangor – Kuala Lumpur.

Menurutnya, bertindak maklumat kemudiannya menahan pemilik motosikal itu di Jalan Rizab Masjid, Bukit Hijau pukul 7 petang.

“Hasil semakan terhadap motosikal itu mendapati tiada nombor pendaftaran depan dan belakang.

“Selain itu, nombor enjin dan chasis motosikal itu sudah diusik. Kita kemudiannya merampas motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ramli berkata, pihaknya kemudiannya menahan remaja yang mempamerkan aksi berkenaan di sebuah rumah selain turut merampas sebuah telefon bimbit.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang sebarang aktiviti lumba haram ataupun aktiviti pengubahsuaian motosikal yang menyalahi undang-undang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan