27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PDRM siasat dakwaan rakyat Malaysia ditahan di Afghanistan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan pengesahan daripada agensi keselamatan luar negara berhubung laporan dua rakyat Malaysia ditahan di Afghanistan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya belum mempunyai sebarang maklumat berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti pejuang Islamic State (IS) di negara itu.

“Walau bagaimanapun, PDRM telah mengemukakan permohonan kepada agensi-agensi keselamatan luar negara bagi mengesahkan laporan serta dakwaan berkenaan.

“Siasatan juga sedang dijalankan berhubung kemungkinan berita yang dilapor tersebut, melibatkan pejuang IS warganegara Malaysia yang telah sedia ada berada di luar negara,” katanya dalam kenyataan lewat malam ini.

Advertisements

Media asing hari ini melaporkan pihak berkuasa Taliban sedang menyoal siasat dua warga Malaysia yang berjuang bersama IS-K, sebuah sayap kumpulan pengganas IS atau Daesh di Afganistan yang menyasarkan Taliban dan pasukan tentera Amerika Syarikat.

The Times yang memetik kenyataan ketua perisikan Taliban, Maulawi Saifullah Mohammed mengatakan kedua-dua mereka ditahan bersama empat lagi anggota IS-K selepas pertempuran berbalas tembakan pada malam Khamis.

“Empat dari mereka adalah warga Afghanistan dan dua lagi seperti warga Malaysia,” kata Saifullah tanpa memberikan butiran mengenai warga Malaysia yang ditahan, seperti dilapor MalaysiaGazette yang memetik The Times sebagai berkata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan