27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Prosedur kemasukan pengembara melalui PMA Johor diperketat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Prosedur kemasukan pengembara melalui pintu masuk antarabangsa (PMA) di Johor diperketat berikutan peningkatan jumlah kemasukan mereka ke negara ini melalui selatan Semenanjung itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antaranya pengembara perlu membuat permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman, selewat-lewat tujuh hari sebelum tiba di Malaysia.

Beliau berkata, semua permohonan itu kemudian akan diproses oleh Jabatan Kesihatan Johor selaian diwajibkan menjalani ujian RT-PCR COVID-19 selewat-lewatnya tiga hari sebelum berlepas.

“Penilaian risiko terhadap pengembara dibuat berdasarkan kepada permohonan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman akan dijalankan.

“Rumah atau tempat kediaman boleh dipertimbangkan untuk dijadikan   sebagai tempat kuarantin wajib sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, antara syaratnya ialah mereka mestilah mempunyai rumah atau tempat kediaman di Malaysia tanpa mengira sama ada mereka warganegara atau bukan negara.

Ini termasuk kalangan mereka yang berstatus penduduk tetap (PR), Malaysia Sebagai Rumah Kedua (MM2H) atau pekerja di negara ini.

Baca juga:   Johor terus rekod terima dos vaksin harian tertinggi

“Mereka juga mestilah negatif ujian RT-PCR COVID-19, telah menerima vaksin lengkap serta rumah atau tempat kediaman adalah bersesuaian untuk kuarantin,” katanya.

Beliau berkata, merujuk kepada vaksin lengkap pula, pengembaran berkenaan perlu lengkap dua dos suntikan bagi penerima vaksin Pfizer, AstraZeneca,Sinovac, Moderna dan Sinopharm dan melepasi 14 hari dari tarikh suntikan.

Baca juga:   2.5 juta lengkap terima 2 dos suntikan vaksin Covid-19 - Adham

Manakala bagi penerima vaksin hanya memerlukan satu dos seperti Johnson & Johnson dan CanSino, mereka perlu melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan sebelum dibenarkan menjalani kuarantin wajib di sini.

“Bagi pengembara yang bergejala ringan dikehendaki menjalani ujian pengesanan COVID-19, RTK-Antigen atau RT-PCR. Sekiranya ujian RTK-Antigen positif, buffer solution dihantar ke makmal untuk ujian PCR.

“Pengembara ini dibenarkan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman dan tindakan selanjutnya bergantung kepada keputusan ujian.

“Manakala, bagi pengembara yang mengalami gejala sederhana / teruk akan dirujuk kepada Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dan tindakan selanjutnya adalah berdasarkan kepada penilaian kesihatan dan keputusan pakar,” tegas beliau.

Noor Hisham berkata, semua pengembara perlu menjalani penilaian kesihatan dan ujian RT-PCR COVID-19 sekali lagi semasa ketibaan di PMA di Johor.

Manakala tempoh kuarantin wajib bagi pengembara dari semua negara adalah 14 hari dan akan dilanjutkan selama 7 hari lagi sekiranya perlu hasil penilaian risiko yang dibuat.

Baca juga:   7 langkah dapat kurangkan hutang negara - Ahmad Maslan

Beliau berkata, semua permohonan perlu dikemukakan kepada pihaknya dengan e-mel kepada [email protected]. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

91 sindiket dadah tumpas dari Jan hingga Mac

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan 91 sindiket dadah dalam pelbagai serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi...

Lagi Artikel Berkaitan